Thursday 21 November 2013

Petualangan Mencari Ilmu

Add caption

Al-Hafizh Abu Abdillah Muhammad bin Rusyaid al-Andalusi dalam kitabnya Ifadah an-Nashih Fi at-Ta’rif Bisanad al-Jami’i ash-Shahih menceritakan bahawa al-Hafizh Abu Marwan al-Baji Muhammad bin Ahmad yang dilahirkan pada tahun 564 H dan meninggal di Qahirah pada tahun 635 H.

Beliau melakukan rihlah ilmiah dari Sabtah (di kawasan Afghanistan) melalui jalur laut pada hari Rabu 7 Muharram tahun 634 H dan sampai di Marsa Akka pada petang hari Jumaat 12 Syaaban pada tahun yang sama. Masa rihlah beliau menuju ke bahagian timur tersebut menghabiskan masa tujuh bulan di tengah lautan. Beliau berangkat dari sana menuju Damaskus dan sampai di sana pada 7 Ramadan pada tahun yang sama. Di tempat itu beliau belajar daripada Abu Amar bin Sholah tentang kitab-kitab ilmu hadis dan belajar juga kepada ulama lainnya. Kemudian tersebar berita tentang hal itu dari negeri Timur sehingga beliau dimuliakan oleh penduduk negeri itu dan mereka memperlakukannya dengan cara yang sangat baik.

Rujuk: Abu Fattah Abu Ghuddah, Shafahat Min Shabril Ulama, hlm. 86.

Monday 22 July 2013

Bulan Ramadan ialah Bulan Zakat......Mari Keluarkan Zakat....

ANCAMAN BAGI ORANG YANG TIDAK MAHU MENGELUARKAN ZAKAT

Orang yang Tidak Mahu Mengeluarkan Zakat
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengutuskan Umar untuk mengutip zakat. Lalu disampaikan bahawa Ibnu Jamil, Khalid bin Walid dan Abbas, iaitu bapa saudara Nabi SAW enggan mengeluarkan zakat.
Maka Rasulullah SAW bersabda, “Penolakan Ibnu Jamil tidak lain hanyalah pengingkaran terhadap nikmat. Dahulu dia melarat lantas Allah SWT menjadikannya kaya. Adapun Khalid, maka kalianlah yang menganiaya Khalid. Dia telah mewakafkan baju besi dan peralatan perangnya pada jalan Allah SWT sedangkan Abbas, zakatnya dan begitu pula yang lainnya menjadi tanggunganku.”
Kemudian Baginda SAW bersabda lagi, “Wahai Umar, tidakkah engkau merasa bahawa bapa saudara seseorang itu mewakili ayahnya?”
(Riwayat Muslim)
Hukuman Tidak Mahu Membayar Zakat
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلَا فِضَّةٍ لَا يُؤَدِّيْ مِنْهَا حَقَّهَا؛ إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ، فَأُحْمِيَ عَلَيْهَا فِيْ نَارِ جَهَنَّمَ، فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ، وَجَبِيْنُهُ، وَظَهْرُهُ. كُلَّمَا بَرَدَتْ؛ أُعِيدَتْ لَهُ فِيْ يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ، حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ، فَيَرَى سَبِيْلَهُ، إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ، وَإِمَّا إِلَى النَّارِ.
“Setiap pemilik emas atau perak yang tidak mahu memenuhi haknya (tidak mahu membayar zakat) maka pada hari kiamat pasti dia akan diratakan dengan lempengan-lempengan daripada api, lalu lempengan-lempengan itu dipanaskan di neraka Jahanam. Kemudian, lambungnya diseterika dengan lempengan itu begitu juga dahi dan punggungnya. Setiap kali lempengan itu sejuk maka akan dipanaskan kembali. Peristiwa itu terjadi dalam sehari yang lamanya sama dengan lima puluh ribu tahun (di dunia). Hal ini berlangsung terus sampai selesai keputusan untuk setiap hamba sehingga ia nampak jalannya ke syurga atau ke neraka.”
Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan unta?”
Rasulullah SAW bersabda,
وَلَا صَاحِبُ إِبِلٍ لَا يُؤَدِّيْ مِنْهَا حَقَّهَا، وَمِنْ حَقِّهَا حَلَبُهَا يَوْمَ وِرْدِهَا؛ إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ بُطِحَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ أَوْفَرَ مَا كَانَتْ، لَا يَفْقِدُ مِنْهَا فَصِيْلًا وَاحِدًا، تَطَؤُهُ بِأَخْفَافِهَا، وَتَعَضُّهُ بِأَفْوَاهِهَا. كُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ أُوْلَاهَا؛ رُدَّ عَلَيْهِ أُخْرَاهَا، فِيْ يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ، حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ، فَيَرَى سَبِيْلَهُ، إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ، وَإِمَّا إِلَى النَّارِ.
“Begitu pula pemilik unta yang tidak mahu memenuhi haknya, dan di antara haknya ialah (zakat) susunya pada waktu keluar, maka pada hari kiamat, pasti unta-unta itu dibiarkan di padang terbuka sebanyak yang ada (yang dimiliki ketika di dunia) tidak berkurang walau seekor anak unta pun daripada unta-untanya itu. Dengan tapak kakinya, unta-unta itu akan memijak-mijak pemiliknya dan dengan mulut mereka menggigit pemilik itu. Setelah unta yang pertama telah selesai maka unta yang lain akan datang kepadanya. Hal ini terjadi dalam satu hari yang lamanya sama dengan lima puluh ribu tahun (di dunia) sehingga selesai keputusan untuk setiap hamba sama ada ke syurga atau ke neraka.”
Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan lembu dan kambing?”
Rasulullah SAW bersabda,
وَلَا صَاحِبُ بَقَرٍ وَلَا غَنَمٍ لَا يُؤَدِّيْ مِنْهَا حَقَّهَا؛ إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ بُطِحَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ، لَا يَفْقِدُ مِنْهَا شَيْئًا، لَيْسَ فِيْهَا عَقْصَاءُ، وَلَا جَلْحَاءُ، وَلَا عَضْبَاءُ، تَنْطَحُهُ بِقُرُوْنِهَا، وَتَطَؤُهُ بِأَظْلَافِهَا. كُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ أُوْلَاهَا؛ رُدَّ عَلَيْهِ أُخْرَاهَا، فِيْ يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ، حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ، فَيَرَى سَبِيْلَهُ، إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ، وَإِمَّا إِلَى النَّارِ.
“Demikian juga pemilik lembu dan kambing yang tidak mahu memenuhi hak lembu dan kambing miliknya itu. Pada hari kiamat tentu lembu dan kambing itu akan dilepas di suatu padang yang rata dan tidak kurang walau seekor pun. Semua lembu dan kambing itu tiada yang bengkok, pecah atau hilang tanduknya. Semuanya akan menanduk orang itu dengan tanduk dan memijak-mijak dengan tapak kakinya. Selepas yang pertama maka datanglah yang lain. Demikian terus-menerus dalam satu hari yang sama dengan lima puluh ribu tahun (di dunia) hingga selesai keputusan untuk setiap hamba sama ada ke syurga atau ke neraka.”
Ditanyakan kembali, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan kuda?”
Baginda SAW bersabda,
اَلْخَيْلُ ثَلَاثَةٌ: هِيَ لِرَجُلٍ وِزْرٌ، وَهِيَ لِرَجُلٍ سِتْرٌ، وَهِيَ لِرَجُلٍ أَجْرٌ. فَأَمَّا الَّتِيْ هِيَ لَهُ وِزْرٌ، فَرَجُلٌ رَبَطَهَا رِيَاءً، وَفَخْرًا، وَنِوَاءً عَلَى أَهْلِ الْإِسْلَامِ؛ فَهِيَ لَهُ وِزْرٌ. وَأَمَّا الَّتِيْ هِيَ لَهُ سِتْرٌ، فَرَجُلٌ رَبَطَهَا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ، ثُمَّ لَمْ يَنْسَ حَقَّ اللهِ فِيْ ظُهُوْرِهَا، وَلَا رِقَابِهَا؛ فَهِيَ لَهُ سِتْرٌ. وَأَمَّا الَّتِيْ هِيَ لَهُ أَجْرٌ، فَرَجُلٌ رَبَطَهَا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ فِيْ مَرْجٍ، وَرَوْضَةٍ، فَمَا أَكَلَتْ مِنْ ذٰلِكَ الْمَرْجِ أَوِ الرَّوْضَةِ مِنْ شَيْءٍ؛ إِلَّا كُتِبَ لَهُ عَدَدَ مَا أَكَلَتْ حَسَنَاتٌ، وَكُتِبَ لَهُ عَدَدَ أَرْوَاثِهَا، وَأَبْوَالِهَا حَسَنَاتٌ، وَلَا تَقْطَعُ طِوَلَهَا فَاسْتَنَّتْ شَرَفًا، أَوْ شَرَفَيْنِ؛ إِلَّا كَتَبَ اللهُ لَهُ عَدَدَ آثَارِهَا، وَأَرْوَاثِهَا حَسَنَاتٍ، وَلَا مَرَّ بِهَا صَاحِبُهَا عَلَى نَهْرٍ، فَشَرِبَتْ مِنْهُ، وَلَا يُرِيْدُ أَنْ يَسْقِيَهَا؛ إِلَّا كَتَبَ اللهُ لَهُ عَدَدَ مَا شَرِبَتْ حَسَنَاتٍ.
“Kuda itu ada tiga macam; menjadi dosa, menjadi perisai dan menjadi ganjaran bagi seseorang. Adapun kuda yang menjadi dosa bagi seseorang ialah kuda yang diikat dengan maksud pameran, bermegah-megah dan memusuhi penduduk Islam, maka kuda itu bagi pemiliknya merupakan dosa. Adapun yang menjadi perisai bagi seseorang ialah kuda yang diikat pemiliknya untuk berjuang di jalan Allah SWT. Kemudian, pemilik itu tidak melupakan hak Allah SWT yang terdapat pada punggung dan leher kuda maka kuda itu menjadi perisai bagi pemiliknya (penghalang daripada api neraka). Adapun kuda yang menjadi ganjaran bagi pemiliknya ialah kuda yang diikat untuk berjuang di jalan Allah SWT

untuk penduduk Islam di tanah yang subur dan taman. Maka sesuatu yang dimakan oleh kuda itu di tanah subur atau taman tersebut, pasti dicatat untuk pemiliknya sebagai kebaikan sejumlah yang telah dimakan oleh kuda dan dicatat pula untuk pemiliknya kebaikan sejumlah kotoran dan air kencingnya. Apabila tali pengikat terputus, kuda itu dipukul lalu lari sekali atau dua kali, maka Allah SWT akan mencatat kebaikan sejumlah langkah-langkah dan kotoran-kotoran kuda itu untuk pemiliknya. Seterusnya, jika pemilik kuda itu membawa kudanya ke sungai lalu kuda itu minum air sungai tersebut padahal dia tidak ingin memberi minum kepada kudanya itu maka Allah SWT pasti mencatat kebaikan sejumlah air yang telah diminum kuda itu baginya.”
Rasulullah SAW bersabda,
مَا أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيْ الْحُمُرِ شَيْءٌ، إِلَّا هٰذِهِ الْآيَةُ الْفَاذَّةُ الْجَامِعَةُ:       .
(Riwayat Muslim)
Orang Kaya yang Tidak Mahu Membayar Zakat
Hadis daripada Abu Zar r.a. berkata, “Aku menghampiri Nabi SAW yang sedang duduk di bawah bayang-bayang Kaabah. Ketika Baginda SAW melihatku Baginda bersabda,
هُمُ الْأَخْسَرُوْنَ، وَرَبِّ الْكَعْبَةِ.
‘Mereka benar-benar rugi, demi Tuhan Kaabah!’
Kemudian aku duduk tetapi aku tidak tenang sehinggga aku segera bertanya, “Wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku sebagai tebusanmu, siapakah mereka yang merugi itu?”
Rasulullah SAW menjawab,
هُمُ الْأَكْثَرُوْنَ أَمْوَالًا، إِلَّا مَنْ قَالَ هٰكَذَا، وَهٰكَذَا، وَهٰكَذَا مِنْ بَيْنَ يَدَيْهِ، وَمِنْ خَلْفِهِ، وَعَنْ يَمِيْنِهِ، وَعَنْ شِمَالِهِ، وَقَلِيْلٌ مَا هُمْ. مَا مِنْ صَاحِبِ إِبِلٍ، وَلَا بَقَرٍ، وَلَا غَنَمٍ، لَا يُؤَدِّيْ زَكَاتَهَا؛ إِلَّا جَاءَتْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْظَمَ مَا كَانَتْ، وَأَسْمَنَهُ، تَنْطَحُهُ بِقُرُوْنِهَا، وَتَطَؤُهُ بِأَظْلَافِهَا. كُلَّمَا نَفِدَتْ أُخْرَاهَا؛ عَادَتْ عَلَيْهِ أُوْلَاهَا، حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ.
“Mereka ialah orang yang paling banyak harta kecuali yang berkata begini, begini dan begini (Baginda memberi isyarat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri, maksudnya bersedekah), namun mereka yang mahu berbuat demikian sangatlah sedikit. Setiap pemilik unta, lembu atau kambing yang tidak mahu membayar zakatnya pasti nanti pada hari kiamat, haiwan-haiwan itu akan datang dalam keadaan lebih besar dan lebih gemuk daripada sebelumnya, semua haiwan itu akan menanduk pemiliknya dengan tanduk-tanduknya dan juga akan memijak-mijak dengan tapak-tapak kakinya. Setiap kali yang lain telah selesai, datang lagi yang pertama, hal ini berlaku sampai diputuskan di hadapan seluruh manusia.”
(Riwayat Muslim)
Hukuman Enggan Membayar Zakat Emas dan Perak
Allah SWT berfirman,
   
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan mereka tidak membelanjakannya di jalan Allah maka beritakanlah kepada mereka (akan ancaman) seksaan yang amat pedih.”
(Surah at-Taubah 9: 34)
Ancaman bagi Orang yang Tidak Menunaikan Zakat
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ آتَاهُ اللهُ مَالًا، فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ؛ مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ شُجَاعًا أَقْرَعَ، لَهُ زَبِيْبَتَانِ، يُطَوِّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِيْ بِشِدْقَيْهِ، يَقُوْلُ: أَنَا مَالُكَ، أَنَا كَنْزُكَ.
“Barangsiapa diberi Allah SWT harta namun ia tidak menunaikan zakatnya maka kelak pada hari kiamat dia akan dibayangi oleh seekor ular jantan yang berbisa, ular itu memiliki dua lidah yang akan melilitnya. Ular itu mencengkam kedua-dua rahangnya sambil berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.”
Lalu Nabi SAW membaca firman Allah SWT (dalam surah Ali ‘Imran ayat 180),
         ﯽﯾ ﯿ                 ﰂﰃ ﰉﰊ  ﰎﰏ    
“Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka tetapi sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang dibakhilkan oleh mereka itu akan dikalungkan di leher pada hari kiamat kelak. Dan kepunyaan Allah jualah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”
(Riwayat al-Bukhari)



[1] Surah az-Zalzalah 99: 7-8.

Wednesday 12 June 2013

Islam Mengajarkan Umatnya Menyayangi Alam


Islam Dan Alam
 
Daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan Nabi SAW bersabda,

بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِيْ بِطَرِيْقٍ، اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ. فَوَجَدَ بِئْرًا، فَنَزَلَ فِيْهَا، فَشَرِبَ، ثُمَّ خَرَجَ. فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ، فَقَالَ الرَّجُلُ: لَقَدْ بَلَغَ هٰذَا الْكَلْبَ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِيْ كَانَ بَلَغَ مِنِّيْ. فَنَزَلَ الْبِئْرَ، فَمَلَأَ خُفَّهُ مَاءً، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيْهِ حَتَّى رَقِيَ، فَسَقَى الْكَلْبَ؛ فَشَكَرَ اللهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَإِنَّ لَنَا فِيْ هٰذِهِ الْبَهَائِمِ لَأَجْرًا؟ فَقَالَ: فِيْ كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ.

“Suatu hari ada seorang lelaki (daripada Bani Israil) berjalan di suatu tempat, ia tertimpa rasa haus yang luar biasa, lalu iapun mendapati sebuah perigi, iapun turun lalu minum dan keluar kembali. Tiba-tiba ada seekor anjing yang melunjurkan lidahnya sambil memakan debu disebabkan kehausan yang menimpanya. Lelaki itu berkata, ‘Anjing ini tertimpa rasa haus seperti yang menimpaku.’ Maka iapun masuk ke perigi lantas ia mengisi penuh kasutnya dengan air lalu iapun menggigit kasut tersebut dengan mulutnya sehingga ia dapat naik, lantas iapun memberikan minum kepada anjing tersebut. Maka Allah SWT pun mensyukuri perbuatannya tersebut sehingga iapun diberikan keampunan.”
Para sahabat bertanya, “Adakah pahala bagi kita dengan berbuat baik kepada binatang?”
Beliau SAW bersabda, “Berbuat baik kepada setiap yang mempunyai hati (nyawa) terdapat pahala.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah SAW bersabda,

بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيْفُ بِرَكِيَّةٍ قَدْ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ، فَنَزَعَتْ مُوْقَهَا، فَاسْتَقَتْ لَهُ بِهِ، فَسَقَتْهُ إِيَّاهُ؛ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.

‘Suatu saat ada seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi, hampir sahaja anjing itu mati kerana kelaparan, tiba-tiba ada seorang wanita pelacur daripada Bani Israil melihatnya, lantas iapun membuka kasutnya, lalu mengambilkan air dan memberikan minum kepada anjing tersebut, maka iapun mendapatkan ampunan dengan sebab perbuatannya tersebut’”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Monday 10 June 2013

Hebatnya Amal dan Keikhlasan



Diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ahmad daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda,
لَمَّا خَلَقَ اللهُ الْأَرْضَ، جَعَلَتْ تَمِيْدُ، فَخَلَقَ الْجِبَالَ، فَعَادَ بِهَا عَلَيْهَا، فَاسْتَقَرَّتْ. فَعَجِبَتِ الْمَلَائِكَةُ مِنْ شِدَّةِ الْجِبَالِ، قَالُوْا: يَا رَبِّ، هَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْجِبَالِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الْحَدِيْدُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْحَدِيْدِ؟ قَالَ: نَعَمْ، النَّارُ. فَقَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ النَّارِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الْمَاءُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْمَاءِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الرِّيْحُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الرِّيْحِ؟ قَالَ: نَعَمْ، ابْنُ آدَمَ، تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ بِيَمِيْنِهِ يُخْفِيْهَا مِنْ شِمَالِهِ.
“Tatkala Allah SWT mencipta bumi maka bumi pun bergetar. Lantas Allah SWT mencipta gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya dan ternyatalah bumi pun terdiam. Para malaikat hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?’
Allah SWT berfirman, ‘Ada, iaitu besi.’
Para malaikat bertanya lagi, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu alam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?’
Allah yang Maha Suci berfirman, ‘Ada, iaitu api.’
Para malaikat kembali bertanya, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?’
Allah yang Maha Agung berfirman, ‘Ada, iaitu air.’
Para malaikat pun bertanya kembali, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?’
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna berfirman, ‘Ada, iaitu angin.’
Akhirnya, para malaikat pun bertanya lagi, ‘Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?’
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya berfirman, ‘Ada, iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.’”