Tuesday 23 April 2013

Mari Berzikir



Tiga Amalan Zikir daripada Hadis untuk Penjagaan Diri
Hadis Pertama

عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ قَالَ فِيْ دُبُرِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، عَشْرَ مَرَّاتٍ؛ كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ، وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ، وَكَانَ يَوْمَهُ ذٰلِكَ كُلَّهُ فِيْ حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوْهٍ، وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِيْ ذٰلِكَ الْيَوْمِ إِلَّا الشِّرْكَ بِاللهِ.

Daripada Abu Dzar r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membaca,
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
‘Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa; tiada sekutu bagi-Nya; milik-Nya jualah segala kerajaan, segala pujian; Dia jualah yang menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’
sebanyak sepuluh kali selepas solat subuh sebelum ia mengubah posisi duduknya (masih dalam duduk tawarruk) dan belum berkata apa-apa, maka akan dituliskan baginya sepuluh kebaikan; dihapuskan baginya sepuluh keburukan dan diangkat baginya sepuluh darjat. Pada hari itu pula ia berada dalam penjagaan daripada segala yang tidak disukai (musibah), terpelihara daripada gangguan syaitan, dan pada hari itu ia tidak akan terjerumus dalam dosa (yang akan membinasakannya) selain daripada syirik.’”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Hadis Kedua

عَنْ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رضي الله عنه يَقُوْلُ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مَنْ قَالَ: بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الْأَرْضِ وَلَا فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ؛ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ.

Daripada Usman bin ‘Affan r.a. yang katanya, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa membaca,
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الْأَرْضِ وَلَا فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
Dengan nama Allah yang dengan asma-Nya tiada sesuatu apapun di bumi dan di langit yang dapat membahayakan; dan Dia Maha mendengar lagi Maha Melihat.
maka tiada suatu apapun yang akan membahayakannya.’”
(Riwayat Imam Ahmad)

Hadis Ketiga

عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيْبٍ رحمه الله قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى أَبِيْ الدَّرْدَاءَ رضي الله عنه فَقَالَ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ، احْتَرَقَ بَيْتُكُ! فَقَالَ: مَا احْتَرَقَ بَيْتِيْ. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ، احْتَرَقَ بَيْتُكَ! قَالَ: مَا احْتَرَقَ بَيْتِيْ. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ، احْتَرَقَ بَيْتُكَ! فَقَالَ: مَا احْتَرَقَ بَيْتِيْ. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ، انْبَعَثَتِ النَّارُ، فَلَمَّا انْتَهَتْ إِلَى بَيْتِكَ؛ طَفِئَتْ. فَقَالَ: قَدْ عَلِمْتُ أَنَّ اللهَ لَمْ يَكُنْ لِيَفْعَلَ.

Daripada Thalq bin Habib rhm. katanya, “Ada seorang lelaki datang kepada Abu Darda r.a. lalu berkata, ‘Wahai Abu Darda, rumahmu telah terbakar.’ Abu Darda r.a. menjawab, ‘Rumahku tidak terbakar!’
Lalu datanglah lelaki kedua sambil berkata, ‘Wahai Abu Darda, rumahmu telah terbakar!’ Abu Darda r.a. menjawab, ‘Rumahku tidak terbakar.’
Lantas datanglah orang ketiga lalu berkata, ‘Wahai Abu Darda, rumahmu telah terbakar!’ Abu Darda r.a. menjawab, ‘Rumahku tidak terbakar.’
Maka datanglah lelaki yang keempat sambil mengatakan, ‘Wahai Abu Darda, telah terjadi kebakaran, namun pada saat sampai ke rumahmu tiba-tiba api itu padam!’ Abu Darda r.a. menjawab, ‘Aku tahu bahawa Allah SWT tidak akan melakukannya (membiarkan rumahku terbakar).’
فَقَالَ رَجُلٌ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ، مَا نَدْرِيْ أَيَّ كَلَامِكَ أَعْجَبَ، قَوْلُكَ: مَا احْتَرَقَ أَوْ قَوْلُكَ: قَدْ عَلِمْتُ أَنَّ اللهَ لَمْ يَكُنْ لِيَفْعَلَ؟ قَالَ: ذٰلِكَ لِكَلِمَاتٍ سَمِعْتُهُنَّ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ g: مَنْ قَالَهُنَّ حِيْنَ يُصْبِحَ؛ لَمْ تُصِبْهُ مُصِيْبَةٌ حَتَّى يُمْسِيَ، وَمَنْ قَالَهُنَّ حِيْنَ يُمْسِيَ؛ لَمْ تُصِبْهُ مُصِيْبَةٌ حَتَّى يُصْبِحَ: اَللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ؛ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ؛ لَمْ يَكُنْ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا، اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ، أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
Kemudian ada seorang lelaki mengatakan, ‘Wahai Abu Darda, kami tidak tahu yang mana perkataanmu yang lebih mengherankan, adakah ucapanmu, ‘Rumahku tidak terbakar’ atau perkataanmu, ‘Aku tahu bahawa Allah SWT tidak akan melakukannya (membiarkan rumahku terbakar)?’
Abu Darda r.a. berkata, ‘Hal tersebut disebabkan bebarapa kalimah yang telah saya dengar daripada Baginda SAW (yang telah aku amalkan). Baginda bersabda, ‘Sesiapa yang membaca kalimah-kalimah ini pada pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari. Kalimah-kalimah itu ialah:
اَللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ؛ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ؛ لَمْ يَكُنْ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا، اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ، أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada yang berhak disembah selain-Mu, kepada-Mu jualah aku bertawakal dan Engkau ialah Tuhan yang Memiliki Arasy yang mulia. Apa yang Allah kehendaki pasti akan berlaku dan apa yang tidak Allah kehendaki maka tidak pernah akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah, ilmu-Nya mencakupi segala sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan segala makhluk yang melata di muka bumi, kerana Engkau jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku berada pada jalan yang lurus.”

Monday 15 April 2013

Definisi Qawaid al-Fiqhiyyah dan Sumbernya


Salah satu kitab tentang ilmu Ushul Fiqh

اَلْمَبْحَثُ الْأَوَّلُ
فِيْ تَعْرِيْفِ الْقَوَاعِدِ الْفِقْهِيَّةِ وَمَصْدَرِهَا
PERBAHASAN PERTAMA
Definisi Qawa‘id Fiqhiyyah dan Sumbernya
اَلْقَوَاعِدُ: جَمْعُ قَاعِدَةٍ، وَهِيَ لُغَةً: بِمَعْنَى الْأَسَاسِ، وَاصْطِلَاحًا: هِيَ أَمْرٌ كُلِّيٌّ يَنْطَبِقُ عَلَى جَمِيْعِ جُزْئِيَّاتِهِ غَالِبًا.
Perkataan qawaid adalah jamak kepada perkataan qaedah. Dari sudut bahasa bererti asas sesuatu. Sementara dari segi istilah ialah suatu perkara umum yang lazimnya diaplikasikan terhadap kesemua bahagian-bahagian tertakluk dengannya.
قَالَ فِيْ «الدُّرِّ»: فَالْقَوَاعِدُ الْفِقْهِيَّةُ هِيَ أُصُوْلٌ فِقْهِيَّةٌ كُلِّيَّةٌ فِيْ نُصُوْصٍ مُوْجَزَةٍ دُسْتُوْرِيَّةٍ، تَتَضَمَّنُ أَحْكَامًا تَشْرِيْعِيَّةً عَامَّةً، فِيْ الْحَوَادِثِ الَّتِيْ تَدْخُلُ تَحْتَ مَوْضُوْعِهَا.
Menurut apa yang dijelaskan dalam kitab “ad-Durar”: “Qawaid Fiqhiyyah ialah prinsip-prinsip feqah yang bersifat umum, berbentuk teks-teks ringkas serta dusturikal, menghimpunkan hukum-hukum syarak yang umum berhubung kes-kes yang terkandung dalam pembicaraannya.”
وَتَمْتَازُ الْقَاعِدَةُ بِمَزِيْدِ الْإِيْجَازِ فِيْ صِيَاغَتِهَا عَلَى عُمُوْمِ مَعْنَاهَا، وَسَعَةِ اسْتِيْعَابِهَا لِلْفُرُوْعِ الْفِقْهِيَّةِ. وَبِمَعْرِفَتِهَا يَسْتَطِيْعُ الْإِنْسَانُ أَنْ يَتَعَرَّفَ عَلَى أَحْكَامِ الْحَوَادِثِ الَّتِيْ لَا نَصَّ عَلَيْهَا فِيْ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِجْمَاعِ.
Kaedah-kaedah feqah ini terkenal dengan bentuknya yang ringkas namun maknanya umum, skop sasarnya luas mencakupi cabang-cabang masalah feqah. Dan dengan menguasainya, seseorang dapat mengenal pasti beberapa hukum terhadap perkara-perkara baru yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Quran, Sunnah dan ijmak ulama.
وَمَصْدَرُ الْقَاعِدَةِ الْفِقْهِيَّةِ قَدْ يَكُوْنُ نَصًّا مِنْ كِتَابٍ، كَمَا هِيَ الْحَالُ فِيْ قَاعِدَةِ: «اَلْمَشَقَّةِ تَجْلِبُ التَّيْسِيْرَ»، مَصْدَرُهَا قَوْلُهُ تَعَالَى:        [اَلْحَجُّ 22: ٧٨].
Sumber kaedah feqah adakalanya berasaskan al-Quran seperti kaedah “kesukaran membawa kemudahan.” Sumbernya ialah firman Allah ـ: “Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah al-Hajj 22: 78).
 أَوْ سُنَّةٍ، كَقَاعِدَةِ: «اَلْأُمُوْرِ بِمَقَاصِدِهَا»، فَإِنَّ مَصْدَرَهَا الْحَدِيْثُ الصَّحِيْحُ: «إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ».
Atau berasaskan Sunnah, seperti kaedah: “setiap perkara itu tertakluk kepada tujuannya.” Sumbernya ialah hadis sahih:  “Hanyasanya amalan-amalan itu diambil kira dengan adanya niat.”
وَقَدْ تَكُوْنُ الْقَاعِدَةُ مُسْتَنْبَطَةً مِنْ نَصٍّ شَرْعِيٍّ، كَقَاعِدَةِ: «اَلْيَقِيْن لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ»، فَإِنَّهُ مُسْتَنْبَطَةٌ مِنْ حَدِيْثِ: «إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِيْ بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ، أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَوْ لَا؟؛ فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنَ الْمَسْجِدِ، حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيْحًا». [رَوَاهُ مُسْلِمٌ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرةَ t].
Dan ada juga kaedah yang diterbitkan daripada nas syarak, seperti kaedah: “yakin tidak boleh dihilangkan dengan sebab rasa ragu.” Ia hasil pengamatan ulama terhadap hadis: “apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul keraguan dengan sebabnya; apakah keluar sesuatu daripadanya ataupun tidak?. Maka Janganlah sesekali ia keluar daripada masjid sehingga ia mendengar suara atau mencium bau (ia mendapati ada bukti batal wudhuknya).” (Diriwayatkan oleh Muslim, daripada Abu Hurairah t).

Friday 12 April 2013

Syamail Muhammadiyyah Karya Imam at-Tirmidzi rhm.




بَابُ مَا جَاءَ فِيْ خَلْقِ رَسُوْلِ الله صلى الله عليه وسلم

Bab: Kejadian Rasulullah SAW
 
1.  عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُوْلُ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم لَيْسَ بِالطَّوِيْلِ الْبَائِنِ، وَلَا بِالْقَصِيْرِ، وَلَا بِالْأَبْيَضِ الْأَمْهَقِ، وَلَا بِالْآدَمِ، وَلَا بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ، وَلَا بِالسَّبْطِ. بَعَثَهُ اللهُ تَعَالٰى عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً. فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِيْنَ، وَبِالْمَدِيْنَةِ عَشْرَ سِنِيْنَ، وَتَوَفَّاهُ اللهُ تَعَالٰى عَلَى رَأْسِ سِتِّيْنَ سَنَةً، وَلَيْسَ فِيْ رَأْسِهِ، وَلِحْيَتِهِ عِشْرُوْنَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ.
Anas bin Malik r.a. menyatakan: “Bahawa Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Kulitnya tidak putih melepak tidak pula hitam. Rambutnya tidak berketak-ketak kerinting dan tidak pula lurus. Allah SWT mengutuskan Baginda menjadi rasul ketika umurnya empat puluh tahun. Baginda tinggal di Mekah selama sepuluh tahun dan di Madinah selama sepuluh tahun. Maka Allah SWT mewafatkan Baginda pada umur awal 60 tahun. Baginda tidak mempunyai uban di atas kepala dan janggut melebihi 20 helai.
 
.2 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَبْعَةً، لَيْسَ بِالطَّوِيْلِ، وَلَا بِالْقَصِيْرِ، حَسَنَ الْجِسْمِ. وَكَانَ شَعْرُهُ لَيْسَ بِجَعْدٍ، وَلَا سَبْطٍ، أَسْمَرَ اللَّوْنِ، إِذَا مَشَى؛ يَتَكَفَّأُ.
          Anas bin Malik r.a. menyatakan: "Bahawa Rasulullah SAW sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah tubuhnya, cantik tubuhnya tidak kerinting tidak pula lurus, kulitnya putih kemerahan dan bila Baginda berjalan, sedikit condong ke hadapan.