Wednesday 12 June 2013

Islam Mengajarkan Umatnya Menyayangi Alam


Islam Dan Alam
 
Daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan Nabi SAW bersabda,

بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِيْ بِطَرِيْقٍ، اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ. فَوَجَدَ بِئْرًا، فَنَزَلَ فِيْهَا، فَشَرِبَ، ثُمَّ خَرَجَ. فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ، فَقَالَ الرَّجُلُ: لَقَدْ بَلَغَ هٰذَا الْكَلْبَ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِيْ كَانَ بَلَغَ مِنِّيْ. فَنَزَلَ الْبِئْرَ، فَمَلَأَ خُفَّهُ مَاءً، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيْهِ حَتَّى رَقِيَ، فَسَقَى الْكَلْبَ؛ فَشَكَرَ اللهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَإِنَّ لَنَا فِيْ هٰذِهِ الْبَهَائِمِ لَأَجْرًا؟ فَقَالَ: فِيْ كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ.

“Suatu hari ada seorang lelaki (daripada Bani Israil) berjalan di suatu tempat, ia tertimpa rasa haus yang luar biasa, lalu iapun mendapati sebuah perigi, iapun turun lalu minum dan keluar kembali. Tiba-tiba ada seekor anjing yang melunjurkan lidahnya sambil memakan debu disebabkan kehausan yang menimpanya. Lelaki itu berkata, ‘Anjing ini tertimpa rasa haus seperti yang menimpaku.’ Maka iapun masuk ke perigi lantas ia mengisi penuh kasutnya dengan air lalu iapun menggigit kasut tersebut dengan mulutnya sehingga ia dapat naik, lantas iapun memberikan minum kepada anjing tersebut. Maka Allah SWT pun mensyukuri perbuatannya tersebut sehingga iapun diberikan keampunan.”
Para sahabat bertanya, “Adakah pahala bagi kita dengan berbuat baik kepada binatang?”
Beliau SAW bersabda, “Berbuat baik kepada setiap yang mempunyai hati (nyawa) terdapat pahala.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah SAW bersabda,

بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيْفُ بِرَكِيَّةٍ قَدْ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ، فَنَزَعَتْ مُوْقَهَا، فَاسْتَقَتْ لَهُ بِهِ، فَسَقَتْهُ إِيَّاهُ؛ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.

‘Suatu saat ada seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi, hampir sahaja anjing itu mati kerana kelaparan, tiba-tiba ada seorang wanita pelacur daripada Bani Israil melihatnya, lantas iapun membuka kasutnya, lalu mengambilkan air dan memberikan minum kepada anjing tersebut, maka iapun mendapatkan ampunan dengan sebab perbuatannya tersebut’”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Monday 10 June 2013

Hebatnya Amal dan Keikhlasan



Diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ahmad daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda,
لَمَّا خَلَقَ اللهُ الْأَرْضَ، جَعَلَتْ تَمِيْدُ، فَخَلَقَ الْجِبَالَ، فَعَادَ بِهَا عَلَيْهَا، فَاسْتَقَرَّتْ. فَعَجِبَتِ الْمَلَائِكَةُ مِنْ شِدَّةِ الْجِبَالِ، قَالُوْا: يَا رَبِّ، هَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْجِبَالِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الْحَدِيْدُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْحَدِيْدِ؟ قَالَ: نَعَمْ، النَّارُ. فَقَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ النَّارِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الْمَاءُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْمَاءِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الرِّيْحُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الرِّيْحِ؟ قَالَ: نَعَمْ، ابْنُ آدَمَ، تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ بِيَمِيْنِهِ يُخْفِيْهَا مِنْ شِمَالِهِ.
“Tatkala Allah SWT mencipta bumi maka bumi pun bergetar. Lantas Allah SWT mencipta gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya dan ternyatalah bumi pun terdiam. Para malaikat hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?’
Allah SWT berfirman, ‘Ada, iaitu besi.’
Para malaikat bertanya lagi, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu alam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?’
Allah yang Maha Suci berfirman, ‘Ada, iaitu api.’
Para malaikat kembali bertanya, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?’
Allah yang Maha Agung berfirman, ‘Ada, iaitu air.’
Para malaikat pun bertanya kembali, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?’
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna berfirman, ‘Ada, iaitu angin.’
Akhirnya, para malaikat pun bertanya lagi, ‘Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?’
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya berfirman, ‘Ada, iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.’”

Tuesday 4 June 2013

Menyambut tibanya Bulan Ramadan



Ramadan Sebentar lagi


عن أنس رضي الله عنه أن النبي - صلى الله عليه وسلم - كان يدعو ببلوغ رمضان، فكان إذا دخل شهر رجب، قال: «اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان» رواه الطبراني وغيره.
Dan diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi SAW biasa berdoa agar sampai pada bulan Ramadan. Maka biasanya jika masuk bulan Rajab, baginda akan berdoa, “Ya Allah berikanlah keberkatan kepada kami pada bulan Rajab dan Syaaban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.”
(Riwayat ath-Thabarani dan yang lainnya)

وقال عبد العزيز بن مروان: كان المسلمون يقولون عند حضور شهر رمضان: اللهم قد أظلنا شهر رمضان، فسلمه لنا وسلمنا له، وارزقنا صيامه وقيامه، وارزقنا فيه الجد والاجتهاد والقوة والنشاط، وأعذنا فيه من الفتن.
Abdul Aziz bin Marwan rhm. berkata, “Kaum Muslimin kebiasaannya ketika masuk bulan Ramadanakan berdoa, ‘Ya Allah, telah tiba kepada kami bulan Ramadan, maka sampaikanlah bulan itu kepada kami dan sampaikanlah kami kepadanya, berikanlah kepada kami kekuatan untuk melaksanakan puasa dan solat tarawih pada bulan tersebut, kurniakanlah kepada kami kesungguhan, kesanggupan, kekuatan dan semangat untuk berbuat kebaikan pada bulan tersebut, dan selamatkanlan kami pada bulan ini daripada  berbagai cubaan dan fitnah.”

وقال معلى بن الفضل: كانوا يدعون الله ستة أشهر: أن يبلغهم رمضان، ثم يدعونه ستة أشهر: أن يتقبله منهم.
Mu’alla bin al-Fadhl rhm. berkata, “Orang-orang soleh terdahulu, mereka berdoa kepada Allah selama enam bulan, agar Allah sampaikan mereka kepada bulan Ramadan, lalu mereka berdoa selamaenam bulan berikutnya agar amalan mereka pada bulan tersebut diterima.”

وقال يحيى بن أبي كثير: كان من دعائهم: «اللهم سلِّمني إلى رمضان وسلم لي رمضان، وتسلَّمه مني متقبلا».
Yahya bin Abi Kastir  rhm. berkata, “Antara doa orang-orang soleh terdahulu ialah, ‘Ya Allah, sampaikanlah aku kepada bulan Ramadan dan sampaikanlah bulan Ramadan kepadaku serta terimalah amalan Ramadan daripadaku.’”