Tuesday, 4 June 2013

Menyambut tibanya Bulan Ramadan



Ramadan Sebentar lagi


عن أنس رضي الله عنه أن النبي - صلى الله عليه وسلم - كان يدعو ببلوغ رمضان، فكان إذا دخل شهر رجب، قال: «اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان» رواه الطبراني وغيره.
Dan diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi SAW biasa berdoa agar sampai pada bulan Ramadan. Maka biasanya jika masuk bulan Rajab, baginda akan berdoa, “Ya Allah berikanlah keberkatan kepada kami pada bulan Rajab dan Syaaban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.”
(Riwayat ath-Thabarani dan yang lainnya)

وقال عبد العزيز بن مروان: كان المسلمون يقولون عند حضور شهر رمضان: اللهم قد أظلنا شهر رمضان، فسلمه لنا وسلمنا له، وارزقنا صيامه وقيامه، وارزقنا فيه الجد والاجتهاد والقوة والنشاط، وأعذنا فيه من الفتن.
Abdul Aziz bin Marwan rhm. berkata, “Kaum Muslimin kebiasaannya ketika masuk bulan Ramadanakan berdoa, ‘Ya Allah, telah tiba kepada kami bulan Ramadan, maka sampaikanlah bulan itu kepada kami dan sampaikanlah kami kepadanya, berikanlah kepada kami kekuatan untuk melaksanakan puasa dan solat tarawih pada bulan tersebut, kurniakanlah kepada kami kesungguhan, kesanggupan, kekuatan dan semangat untuk berbuat kebaikan pada bulan tersebut, dan selamatkanlan kami pada bulan ini daripada  berbagai cubaan dan fitnah.”

وقال معلى بن الفضل: كانوا يدعون الله ستة أشهر: أن يبلغهم رمضان، ثم يدعونه ستة أشهر: أن يتقبله منهم.
Mu’alla bin al-Fadhl rhm. berkata, “Orang-orang soleh terdahulu, mereka berdoa kepada Allah selama enam bulan, agar Allah sampaikan mereka kepada bulan Ramadan, lalu mereka berdoa selamaenam bulan berikutnya agar amalan mereka pada bulan tersebut diterima.”

وقال يحيى بن أبي كثير: كان من دعائهم: «اللهم سلِّمني إلى رمضان وسلم لي رمضان، وتسلَّمه مني متقبلا».
Yahya bin Abi Kastir  rhm. berkata, “Antara doa orang-orang soleh terdahulu ialah, ‘Ya Allah, sampaikanlah aku kepada bulan Ramadan dan sampaikanlah bulan Ramadan kepadaku serta terimalah amalan Ramadan daripadaku.’”

No comments:

Post a Comment