Add caption |
Al-Hafizh Abu Abdillah Muhammad bin Rusyaid al-Andalusi dalam kitabnya Ifadah an-Nashih Fi at-Ta’rif Bisanad al-Jami’i ash-Shahih menceritakan bahawa al-Hafizh Abu Marwan al-Baji Muhammad bin Ahmad yang dilahirkan pada tahun 564 H dan meninggal di Qahirah pada tahun 635 H.
Beliau melakukan rihlah ilmiah dari Sabtah (di
kawasan Afghanistan) melalui jalur laut pada hari Rabu 7
Muharram tahun 634 H dan sampai di Marsa Akka pada petang hari Jumaat 12
Syaaban pada tahun yang sama. Masa rihlah beliau menuju ke bahagian timur tersebut menghabiskan masa tujuh
bulan di tengah lautan. Beliau berangkat dari sana menuju Damaskus dan sampai
di sana pada 7 Ramadan pada tahun yang sama. Di tempat itu beliau
belajar daripada Abu Amar bin Sholah tentang kitab-kitab ilmu hadis dan belajar
juga kepada ulama lainnya. Kemudian tersebar berita tentang hal itu dari
negeri Timur sehingga beliau dimuliakan oleh penduduk
negeri itu dan mereka memperlakukannya dengan cara yang sangat baik.
Rujuk: Abu Fattah Abu Ghuddah, Shafahat Min Shabril Ulama, hlm. 86.
No comments:
Post a Comment