Monday 10 June 2013

Hebatnya Amal dan Keikhlasan



Diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ahmad daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda,
لَمَّا خَلَقَ اللهُ الْأَرْضَ، جَعَلَتْ تَمِيْدُ، فَخَلَقَ الْجِبَالَ، فَعَادَ بِهَا عَلَيْهَا، فَاسْتَقَرَّتْ. فَعَجِبَتِ الْمَلَائِكَةُ مِنْ شِدَّةِ الْجِبَالِ، قَالُوْا: يَا رَبِّ، هَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْجِبَالِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الْحَدِيْدُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْحَدِيْدِ؟ قَالَ: نَعَمْ، النَّارُ. فَقَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ النَّارِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الْمَاءُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الْمَاءِ؟ قَالَ: نَعَمْ، الرِّيْحُ. قَالُوْا: يَا رَبِّ، فَهَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الرِّيْحِ؟ قَالَ: نَعَمْ، ابْنُ آدَمَ، تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ بِيَمِيْنِهِ يُخْفِيْهَا مِنْ شِمَالِهِ.
“Tatkala Allah SWT mencipta bumi maka bumi pun bergetar. Lantas Allah SWT mencipta gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya dan ternyatalah bumi pun terdiam. Para malaikat hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?’
Allah SWT berfirman, ‘Ada, iaitu besi.’
Para malaikat bertanya lagi, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu alam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?’
Allah yang Maha Suci berfirman, ‘Ada, iaitu api.’
Para malaikat kembali bertanya, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?’
Allah yang Maha Agung berfirman, ‘Ada, iaitu air.’
Para malaikat pun bertanya kembali, ‘Ya Rabb, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?’
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna berfirman, ‘Ada, iaitu angin.’
Akhirnya, para malaikat pun bertanya lagi, ‘Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?’
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya berfirman, ‘Ada, iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.’”

No comments:

Post a Comment