Tiga Amalan Zikir daripada Hadis untuk Penjagaan Diri
Hadis Pertama
عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ قَالَ فِيْ
دُبُرِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ، لَا إِلٰهَ
إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ،
يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، عَشْرَ مَرَّاتٍ؛ كُتِبَتْ لَهُ
عَشْرُ حَسَنَاتٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ، وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ
دَرَجَاتٍ، وَكَانَ يَوْمَهُ ذٰلِكَ كُلَّهُ فِيْ حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوْهٍ،
وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِيْ ذٰلِكَ
الْيَوْمِ إِلَّا الشِّرْكَ بِاللهِ.
Daripada Abu Dzar r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa
yang membaca,
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ
لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
‘Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa; tiada
sekutu bagi-Nya; milik-Nya jualah segala kerajaan, segala pujian; Dia jualah
yang menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’
sebanyak sepuluh kali selepas solat subuh sebelum ia mengubah
posisi duduknya (masih dalam duduk tawarruk) dan belum berkata apa-apa, maka
akan dituliskan baginya sepuluh kebaikan; dihapuskan baginya sepuluh keburukan
dan diangkat baginya sepuluh darjat. Pada hari itu pula ia berada dalam
penjagaan daripada segala yang tidak disukai (musibah), terpelihara daripada
gangguan syaitan, dan pada hari itu ia tidak akan terjerumus dalam dosa (yang
akan membinasakannya) selain daripada syirik.’”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)
Hadis Kedua
عَنْ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رضي الله عنه يَقُوْلُ: قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مَنْ
قَالَ: بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الْأَرْضِ
وَلَا فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ؛ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ.
Daripada Usman bin ‘Affan r.a. yang katanya, “Rasulullah SAW
bersabda, ‘Sesiapa membaca,
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ
مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الْأَرْضِ وَلَا فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ.
Dengan nama Allah yang
dengan asma-Nya tiada sesuatu apapun di bumi dan di langit yang dapat
membahayakan; dan Dia Maha mendengar lagi Maha Melihat.
maka tiada suatu apapun yang akan membahayakannya.’”
(Riwayat Imam Ahmad)
Hadis Ketiga
عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيْبٍ رحمه الله قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ
إِلَى أَبِيْ الدَّرْدَاءَ رضي الله عنه فَقَالَ: يَا أَبَا
الدَّرْدَاءَ، احْتَرَقَ بَيْتُكُ! فَقَالَ: مَا احْتَرَقَ بَيْتِيْ. ثُمَّ جَاءَ
آخَرُ فَقَالَ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ، احْتَرَقَ بَيْتُكَ! قَالَ: مَا احْتَرَقَ
بَيْتِيْ. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ، احْتَرَقَ بَيْتُكَ!
فَقَالَ: مَا احْتَرَقَ بَيْتِيْ. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ،
انْبَعَثَتِ النَّارُ، فَلَمَّا انْتَهَتْ إِلَى بَيْتِكَ؛ طَفِئَتْ. فَقَالَ: قَدْ
عَلِمْتُ أَنَّ اللهَ لَمْ يَكُنْ لِيَفْعَلَ.
Daripada Thalq bin Habib
rhm. katanya, “Ada seorang lelaki datang kepada Abu Darda r.a. lalu berkata, ‘Wahai
Abu Darda, rumahmu telah terbakar.’ Abu Darda r.a. menjawab, ‘Rumahku tidak
terbakar!’
Lalu datanglah lelaki
kedua sambil berkata, ‘Wahai Abu Darda, rumahmu telah terbakar!’ Abu Darda r.a.
menjawab, ‘Rumahku tidak terbakar.’
Lantas datanglah orang
ketiga lalu berkata, ‘Wahai Abu Darda, rumahmu telah terbakar!’ Abu Darda r.a.
menjawab, ‘Rumahku tidak terbakar.’
Maka datanglah lelaki yang
keempat sambil mengatakan, ‘Wahai Abu Darda, telah terjadi kebakaran, namun
pada saat sampai ke rumahmu tiba-tiba api itu padam!’ Abu Darda r.a. menjawab,
‘Aku tahu bahawa Allah SWT tidak akan melakukannya (membiarkan rumahku
terbakar).’
فَقَالَ رَجُلٌ: يَا أَبَا الدَّرْدَاءَ،
مَا نَدْرِيْ أَيَّ كَلَامِكَ أَعْجَبَ، قَوْلُكَ: مَا احْتَرَقَ أَوْ قَوْلُكَ: قَدْ
عَلِمْتُ أَنَّ اللهَ لَمْ يَكُنْ لِيَفْعَلَ؟ قَالَ: ذٰلِكَ لِكَلِمَاتٍ سَمِعْتُهُنَّ
مِنْ رَسُوْلِ اللهِ g: مَنْ قَالَهُنَّ
حِيْنَ يُصْبِحَ؛ لَمْ تُصِبْهُ مُصِيْبَةٌ حَتَّى يُمْسِيَ، وَمَنْ قَالَهُنَّ حِيْنَ
يُمْسِيَ؛ لَمْ تُصِبْهُ مُصِيْبَةٌ حَتَّى يُصْبِحَ: اَللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ،
لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ،
مَا شَاءَ اللهُ؛ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ؛ لَمْ يَكُنْ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ
إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ، وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا، اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ
أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ، أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا،
إِنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
Kemudian ada seorang lelaki
mengatakan, ‘Wahai Abu Darda, kami tidak tahu yang mana perkataanmu yang lebih
mengherankan, adakah ucapanmu, ‘Rumahku tidak terbakar’ atau perkataanmu, ‘Aku
tahu bahawa Allah SWT tidak akan melakukannya (membiarkan rumahku terbakar)?’
Abu Darda r.a. berkata,
‘Hal tersebut disebabkan bebarapa kalimah yang telah saya dengar daripada
Baginda SAW (yang telah aku amalkan). Baginda bersabda, ‘Sesiapa yang membaca
kalimah-kalimah ini pada pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga
petang. Dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang, maka ia tidak akan
ditimpa musibah hingga pagi hari. Kalimah-kalimah itu ialah:
اَللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لَا إِلٰهَ
إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ، مَا شَاءَ
اللهُ؛ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ؛ لَمْ يَكُنْ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأَنَّ
اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا، اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ
شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ، أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ
رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
“Ya
Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada yang berhak disembah selain-Mu, kepada-Mu jualah
aku bertawakal dan Engkau ialah Tuhan yang Memiliki Arasy yang mulia. Apa yang
Allah kehendaki pasti akan berlaku dan apa yang tidak Allah kehendaki maka
tidak pernah akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa
atas segala sesuatu dan bahawa Allah, ilmu-Nya mencakupi segala sesuatu. Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan segala makhluk
yang melata di muka bumi, kerana Engkau jualah yang menguasainya. Sesungguhnya
Tuhanku berada pada jalan yang lurus.”