Friday, 12 April 2013

Syamail Muhammadiyyah Karya Imam at-Tirmidzi rhm.




بَابُ مَا جَاءَ فِيْ خَلْقِ رَسُوْلِ الله صلى الله عليه وسلم

Bab: Kejadian Rasulullah SAW
 
1.  عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُوْلُ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم لَيْسَ بِالطَّوِيْلِ الْبَائِنِ، وَلَا بِالْقَصِيْرِ، وَلَا بِالْأَبْيَضِ الْأَمْهَقِ، وَلَا بِالْآدَمِ، وَلَا بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ، وَلَا بِالسَّبْطِ. بَعَثَهُ اللهُ تَعَالٰى عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً. فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِيْنَ، وَبِالْمَدِيْنَةِ عَشْرَ سِنِيْنَ، وَتَوَفَّاهُ اللهُ تَعَالٰى عَلَى رَأْسِ سِتِّيْنَ سَنَةً، وَلَيْسَ فِيْ رَأْسِهِ، وَلِحْيَتِهِ عِشْرُوْنَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ.
Anas bin Malik r.a. menyatakan: “Bahawa Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Kulitnya tidak putih melepak tidak pula hitam. Rambutnya tidak berketak-ketak kerinting dan tidak pula lurus. Allah SWT mengutuskan Baginda menjadi rasul ketika umurnya empat puluh tahun. Baginda tinggal di Mekah selama sepuluh tahun dan di Madinah selama sepuluh tahun. Maka Allah SWT mewafatkan Baginda pada umur awal 60 tahun. Baginda tidak mempunyai uban di atas kepala dan janggut melebihi 20 helai.
 
.2 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَبْعَةً، لَيْسَ بِالطَّوِيْلِ، وَلَا بِالْقَصِيْرِ، حَسَنَ الْجِسْمِ. وَكَانَ شَعْرُهُ لَيْسَ بِجَعْدٍ، وَلَا سَبْطٍ، أَسْمَرَ اللَّوْنِ، إِذَا مَشَى؛ يَتَكَفَّأُ.
          Anas bin Malik r.a. menyatakan: "Bahawa Rasulullah SAW sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah tubuhnya, cantik tubuhnya tidak kerinting tidak pula lurus, kulitnya putih kemerahan dan bila Baginda berjalan, sedikit condong ke hadapan.

No comments:

Post a Comment