اَلْأُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا
وَأَصْلُ هٰذِهِ الْقَاعِدَةِ قَوْلُهُ صلى الله عليه وسلم: «إِنَّمَا
الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ»، وَهٰذَا حَدِيْثٌ صَحِيْحٌ مَشْهُوْرٌ، أَخْرَجَهُ الْأَئِمَّةُ
السِّتَّةُ وَغَيْرُهُمْ.
وَتَنْدَرِجُ هٰذِهِ الْقَاعِدَةُ مَالَا يُحْصَى مِنَ
الْمَسَائِلِ مِنْ جَمِيْعِ الْأَبْوَابِ.
فَمِنْ ذٰلِكَ: رُبْعُ الْعِبَادَاتِ بِكَمَالِهَا، كَالْوُضُوْءِ
وَالْغُسْلِ وَالتَّيَمُّمِ وَغَيْرِهَا.
وَالْعُقُوْدُ، مِثْلُ كِنَايَاتِ الْبَيْعِ وَالْهِبَةِ
وَالْوَقْفِ.
وَفِيْ الْقِصَاصِ مَسَائِلُ كَثِيْرَةٌ، مِنْهَا: تَمْيِيْزُ
الْعَمْدِ وَشِبْهِهِ مِنَ الْخَطَأِ.
وَمِنْهَا: إِذَا قَتَلَ الْوَكِيْلُ فِيْ الْقِصَاصِ، إِنْ
قَصَدَ قَتْلَهُ عَنِ الْمُوَكِّلِ، أَوْ قَتَلَهُ بِشَهْوَةِ نَفْسِهِ.
وَفِيْ الرِّدَّةِ، وَفِيْ السَّرِقَةِ، فِيْمَا إِذَا أَخَذَ
آلَاتِ الْمَلَاهِيْ بِقَصْدِ كَسْرِهَا وَإِشْهَارِهَا أَوْ بِقَصْدِ سَرَقَتِهَا.
وَاللهُ أَعْلَمُ.
PERBAHASAN
KEDUA
Lima
kaedah asas yang menjadi rujukan kesemua masalah-masalah feqah
KAEDAH
ASAS PERTAMA:
SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
Kaedah tersebut berasaskan sabda
Rasulullah e: “Hanyasanya amalan-amalan itu diambil kira dengan
adanya niat.” Hadis ini sahih dan masyhur dikeluarkan oleh imam yang enam dan
lainnya.
Banyak masalah daripada setiap
bab yang bilangannya tidak terkira telahpun terbentuk di bawah kaedah ini.
Antaranya: satu perempat ibadat seperti wudhuk, mandi,
tayammum dan lain-lain lagi.
Akad dan kontrak seperti kinayat jual beli, hibah, dan
wakaf.
Berkaitan qisas; seperti membezakan perbuatan
pembunuhan sengaja dan serupa sengaja daripada tersalah.
Antara masalahnya ialah: Wakil membunuh dalam masalah
qisas, sama ada membunuh kerana tanggungjawab ia diwakil untuk membunuh atau kerana
kehendak dirinya sendiri.
Dalam
masalah riddah, mencuri alat-alat malalaikan sama ada dengan niat
mematahkannya, atau memasyhurkannya, atau dengan niat mencurinya.
No comments:
Post a Comment