Syafaat Nabi SAW Bersifat Umum
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: «خُيِّرْتُ بَيْنَ الشَّفَاعَةِ
أَوْ يَدْخُلُ نِصْفُ أُمَّتِيَ الْجَنَّةَ؛ فَاخْتَرْتُ الشَّفَاعَةَ؛ لِأَنَّهَا
أَعَمُّ وَأَكْفَى. أَمَا إِنَّهَا لَيْسَتْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ الْمُتَقَدِّمِيْنَ،
وَلٰكِنَّهَا لِلْمُذْنِبِيْنَ الْخَطَّائِيْنَ الْمُتَلَوِّثِيْنَ».
(رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالطَّبَرَانِيُّ)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar
r.huma. daripada Nabi SAW bersabda, “Aku diberi pilihan antara syafaat atau
separuh daripada umatku masuk syurga lalu aku memilih syafaat kerana lebih
meliputi dan lebih mencukupi (untuk seluruh umatku). Ketahuilah, sesungguhnya
syafaatku itu bukan untuk orang-orang beriman yang terdahulu tetapi untuk
orang-orang yang melakukan dosa dan kesalahan.”[1]
Intisari Hadis
1.
Kecintaan
Baginda yang begitu besar kepada umatnya
2.
Syafaat
Baginda Nabi SAW bersifat umum dan menyeluruh
3.
Syafaat
Nabi bagi orang yang baik adalah untuk mengangkat derajat mereka di dalam syurga,
dan bagi orang-orang yang berdosa adalah untuk mensucikan mereka daripada dosa.
4.
Hadis
ini juga menunjukkan bahawa lebih daripada setengah penghuni syurga ialah umat
Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment