Thursday 4 April 2013

Qa'idah Fiqhiyyah





اَلْأُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا
وَأَصْلُ هٰذِهِ الْقَاعِدَةِ قَوْلُهُ صلى الله عليه وسلم: «إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ»، وَهٰذَا حَدِيْثٌ صَحِيْحٌ مَشْهُوْرٌ، أَخْرَجَهُ الْأَئِمَّةُ السِّتَّةُ وَغَيْرُهُمْ.
وَتَنْدَرِجُ هٰذِهِ الْقَاعِدَةُ مَالَا يُحْصَى مِنَ الْمَسَائِلِ مِنْ جَمِيْعِ الْأَبْوَابِ.
فَمِنْ ذٰلِكَ: رُبْعُ الْعِبَادَاتِ بِكَمَالِهَا، كَالْوُضُوْءِ وَالْغُسْلِ وَالتَّيَمُّمِ وَغَيْرِهَا.
وَالْعُقُوْدُ، مِثْلُ كِنَايَاتِ الْبَيْعِ وَالْهِبَةِ وَالْوَقْفِ.
وَفِيْ الْقِصَاصِ مَسَائِلُ كَثِيْرَةٌ، مِنْهَا: تَمْيِيْزُ الْعَمْدِ وَشِبْهِهِ مِنَ الْخَطَأِ.
وَمِنْهَا: إِذَا قَتَلَ الْوَكِيْلُ فِيْ الْقِصَاصِ، إِنْ قَصَدَ قَتْلَهُ عَنِ الْمُوَكِّلِ، أَوْ قَتَلَهُ بِشَهْوَةِ نَفْسِهِ.
وَفِيْ الرِّدَّةِ، وَفِيْ السَّرِقَةِ، فِيْمَا إِذَا أَخَذَ آلَاتِ الْمَلَاهِيْ بِقَصْدِ كَسْرِهَا وَإِشْهَارِهَا أَوْ بِقَصْدِ سَرَقَتِهَا. وَاللهُ أَعْلَمُ.
PERBAHASAN KEDUA

Lima kaedah asas yang menjadi rujukan kesemua masalah-masalah feqah

KAEDAH ASAS PERTAMA:

SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA

Kaedah tersebut berasaskan sabda Rasulullah e: “Hanyasanya amalan-amalan itu diambil kira dengan adanya niat.” Hadis ini sahih dan masyhur dikeluarkan oleh imam yang enam dan lainnya.
Banyak masalah daripada setiap bab yang bilangannya tidak terkira telahpun terbentuk di bawah kaedah ini.
Antaranya: satu perempat ibadat seperti wudhuk, mandi, tayammum dan lain-lain lagi.
Akad dan kontrak seperti kinayat jual beli, hibah, dan wakaf.
Berkaitan qisas; seperti membezakan perbuatan pembunuhan sengaja dan serupa sengaja daripada tersalah.
Antara masalahnya ialah: Wakil membunuh dalam masalah qisas, sama ada membunuh kerana tanggungjawab ia diwakil untuk membunuh atau kerana kehendak dirinya sendiri.
Dalam masalah riddah, mencuri alat-alat malalaikan sama ada dengan niat mematahkannya, atau memasyhurkannya, atau dengan niat mencurinya.

No comments:

Post a Comment