Friday 5 April 2013

Surah Yasin dan Keutamaannya



 Surah Yasin
Surah Yasin ialah surah makkiyyah kecuali ayat ke-45 ialah ayat Madaniyyah. Surah ini terdiri daripada 83 ayat; diturunkan selepas surah al-Jin[1].
Kelebihannya:
1.      Diriwayatkan daripada Jundub bin Abdullah r.a. yang berkata, “Nabi SAW bersabda, ‘Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam hari kerana mengharapkan reda Allah SWT, maka diampuni dosa-dosanya.’”[2]
2.      Diriwayatkan daripada ‘Atha bin Abi Rabah yang berkata,“Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa membaca Surah Yasin pada permulaan hari, maka akan dikabulkan hajat-hajatnya.’”[3]
3.      diriwayatkan daripada Anas r.a. yang berkata, “Nabi SAW bersabda, ‘Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunya hati, dan hati al-Quran ialah Surah Yasin. Sesiapa  yang membaca Surah Yasin maka akan dituliskan baginya dengan sebab bacaannya seperti membaca al-Quran sepuluh kali.’”[4]
4.      Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.huma yang berkata, “Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada pagi hari maka diberikan kepadanya kemudahan hingga petang, dan sesiapa yang membacanya pada awal malam maka diberikan kepadanya kemudahan hingga subuh.”[5]


[1] Sila rujuk kitab Tafsir al-Jalalain.
[2] Riwayat Ibnu Hibban. Hadis sahih dan rijal isnadnya tsiqah.
[3] Hadis mursal, riwayat ad-Darimi. Atsar ini rijalnya tsiqah.
[4] Riwayat at-Tirmizi, ad-Darimi, al-Baihaqi dan al-Marwazi.
[5] Hadis mauquf, riwayat ad-Darimi.

No comments:

Post a Comment