Thursday 4 April 2013

Syafaat Baginda Nabi Muhammad SAW



Syafaat Nabi SAW Bersifat Umum
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: «خُيِّرْتُ بَيْنَ الشَّفَاعَةِ أَوْ يَدْخُلُ نِصْفُ أُمَّتِيَ الْجَنَّةَ؛ فَاخْتَرْتُ الشَّفَاعَةَ؛ لِأَنَّهَا أَعَمُّ وَأَكْفَى. أَمَا إِنَّهَا لَيْسَتْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ الْمُتَقَدِّمِيْنَ، وَلٰكِنَّهَا لِلْمُذْنِبِيْنَ الْخَطَّائِيْنَ الْمُتَلَوِّثِيْنَ».
(رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالطَّبَرَانِيُّ)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.huma. daripada Nabi SAW bersabda, “Aku diberi pilihan antara syafaat atau separuh daripada umatku masuk syurga lalu aku memilih syafaat kerana lebih meliputi dan lebih mencukupi (untuk seluruh umatku). Ketahuilah, sesungguhnya syafaatku itu bukan untuk orang-orang beriman yang terdahulu tetapi untuk orang-orang yang melakukan dosa dan kesalahan.”[1]

Intisari Hadis
1.      Kecintaan Baginda yang begitu besar kepada umatnya
2.      Syafaat Baginda Nabi SAW bersifat umum dan menyeluruh
3.      Syafaat Nabi bagi orang yang baik adalah untuk mengangkat derajat mereka di dalam syurga, dan bagi orang-orang yang berdosa adalah untuk mensucikan mereka daripada dosa.
4.      Hadis ini juga menunjukkan bahawa lebih daripada setengah penghuni syurga ialah umat Nabi Muhammad SAW.


[1] Riwayat Imam Ahmad dan ath-Thobarani

No comments:

Post a Comment